Page archived courtesy of the Geocities Archive Project https://www.geocitiesarchive.org
Please help us spread the word by liking or sharing the Facebook link below :-)


Water Gardens Water Gardens
  
 :: Senitaman Akuatik ::  |  :: Artikel & Informasi ::  |  :: Jurnal harian Bart ::  |  :: Galeria ::  |  :: Ramirezi ::
Microgeophagus Ramirezi (German Blue Ram)
Ramirezi Jantan


Sepasang Ramirezi


Ram atau lebih dikenali dengan panggilan German Ram adalah tergolong di dalam spesis dwarf cichlids yang berasal dari Amerika Selatan. Ikan ini mempunyai banyak nama, kini dikenali sebagai Microgeophagus ramirezi atau nama asalnya Apistogramma ramirezi, butterfly fish, ram cichlids dan Papiliochromis ramirezi.

Microgeophagus ramirezi secara amnya membiak dan mendiami dikawasan  air yang  agak berasid sedikit (acidic water). Microgeophagus ramirezi tergolong didalam spesis yang tidak aggeresif (peaceful fish) kecuali ketika musim mengawan dan bertelur ia agak garang dan aggeresif. Ikan jenis ini boleh dibela didalam akuarium bersama sama dengan pelbagai spesis ikan-ikan kecil yang lain seperti ikan tetra (neon, cardinal, empror, glowglass dan rasboras).

Kebiasaanya pemakanan dan diet ikan ramirezi ini adalah terdiri daripada palet, cacing halus dan flakes. Memandangkan mulut ikan-ikan ramirezi ini agak kecil maka cacing halus (frozen worm) dan palet yang agak kecil saiz bersesuaian dan menjadi kegemarannya. Sekiranya saiz makanan yang tidak sesuai diberikan maka lebihan makanan di dalam akuarium terjadi, dengan itu kualiti air di dalam akuarium akan terjejas dan boleh memudaratkan ikan-ikan di dalamnya termasuk ramirezi yang agak sensitive dengan tahap kualiti air.

Kualiti air di tahap pH 6.0-7.0 dan suhu sekitar 23-32C (73-90F) adalah sesuai untuk Ramirezi. Ikan ini boleh dibela didalam akuarium yang bersaiz 10 galen dan ke atas, tetapi saiz minimium yang agak sesuai ialah 20 galen dan ke atas.

Habitat asal:  Venezuela and Colombia
Saiz: 7cm (3 in)
Strata: Dasar dan tengah akuarium
Kualiti Air:  pH 6.0-7.0, soft, 23-32C (73-90F)
Seks:  Ram jantan lebih menarik warnanya
 


 

 



   

Rangkaikan ke laman ini?  |  Hubungi Bart?
Hakciplak Terpelihara Bart 2002
1