Page archived courtesy of the Geocities Archive Project https://www.geocitiesarchive.org
Please help us spread the word by liking or sharing the Facebook link below :-)


Water Gardens Senitaman Akuatik
  
Buku dan Laman Web
Hendak tambah pengetahuan mengenai senitaman akautik??
Sudah menjadi kebiasaanya di zaman internet serba canggih ini informasi mudah diperolehi melalui laman laman web yang terdapat di internet, tetapi kadang kala buku juga diperlukan untuk rujukan. Untuk tujuan rujukan bergambar bagi senitaman akuatik saya cadangkan beberapa buah buku yang ditulis oleh Takashi Amano. Walaupun harga buku ini agak mahal di pasaran namun berbaloi memilikinya. Sekiranya anda ingin memiliki buku ini saya cadangkan anda cuba tinjau-tinjau ke kedai buku 'Kinokuniya' di KLCC.
Nature Aquarium World, Volume 1
Keluaran T.F.H Publications, Inc.  ISBN: 0-7938-0089-7
oleh Takashi Amano

Ini adalah buku pertama yang ditulis oleh Takashi Amano. Di dalamnya terdapat asas asas dan panduan untuk menghasilkan sebuah taman akautik. Setiap gambar yang terdapat di dalam buku tersebut disusuri dengan informasi lengkap tentang kaedah dan cara membuat senitaman akuatik dalam akuarium.

Nature Aquarium World, Volume 2
T.F.H Publications, Inc.  ISBN: 0-7938-2077-4
oleh Takashi Amano

Buku kedua ini fokus kepada pembikinan senitaman akuatik di dalam akuarium yang bersaiz kecil dan sederhana. Dari sekecil saiz 3 liter Takashi berjaya menghasilkan senitaman akuatik yang begitu indah dan memukau pandangan.

Nature Aquarium World, Volume 3
T.F.H Publications, Inc.  ISBN: 0-7938-2078-2
oleh Takashi Amano
  

Buku Volume 3 ini dikeluarkan sebagai kesinangbungan volume 1 dan 2, di dalam buku ini Takashi Amano lebih menitik beratkan penghasilan senitaman akuatik di dalam akuarium yang lebih besar dari segi saisnya. Setiap hasil kerja beliau yang dipaparkan di dalam buku ini begitu  membrangsangkan. Di dalam buku ini juga beliau lebih menitik beratkan penggunaan rerumput air yang digunakan sebagai landskap untuk menghiasi dasar akuarium. 

Aquarium Plant Paradise
T.F.H Publications, Inc.  ISBN: 0-7938-0518-X
oleh Takashi Amano

Tidak banyak yang dapat saya katakan mengenai buku ini kerana saya tidak berkesempatan membaca buku ini kerana agak sukar mendapatkanya di pasaran. Sekiranya anda ada mempunyai informasi atau telah membaca buku ini, saya amat berbesar hati sekiranya anda dapat memberi sedikit info kepada saya dan boleh saya paparkan di web ini. Segala bentuk maklumat bolehlah e-mail kan kepada saya di [removed]


Laman Web yang tidak rugi kalau dilayari.
Semoga rangkaian link di bawah ini dapat menolong anda dalam usaha mencari informasi tentang senitaman akuatik, kesemua lawan web ini ditulis dalam bahasa inggeris. Sesetengah laman web tersebut ada menawarkan barangan untuk dijual , saya bukan mempromosi "but If something catches your eye on one of these sites (or anywhere ...), I recommend checking things out before you spend some ringgit". Eh, tersasul cakap omputeh lah pulak.. okey kalau anda dapati terdapat "a broken link", sila maklumkan kepada [removed]
myfishtank.net - Komuniti & Informasi
  Laman web yang begitu mengkagumkan, terdapat banyak hasil kerja pro yang memukau pandagan. Tambahan pula terdapat papan kenyataan (message boards) yang lengkap tentang pelbagai aspek mengenai senitaman akuatik dan terdapat juga galeri.
Aqua Botanic - Jualan & Informasi
  Terdapat banyak informatsi yang bagus bagus disini yang bersakut paut mengenai pokok pokok akuatik. Laman web ini juga menawarkan produk-produk dengan harga yang berpatutan (kesemua harga yg dipaparkan dalam US Dollar).
Tropica - Informasi & Atikel
  Di Tropica mereka menghasilkan banyak atikel atikel yang bagus bagus dan tidak jemu dibaca oleh pengemar senitaman akuatik; disamping itu juga terdapat kataloq gambar pokok pokok akuatik yang agak lengkap juga untuk tujuan rujukan.
The Krib - Informasi & Atikel
  Pakchik Krib ini memang seorang yang hebat; laman web nya terdapat banyak atikel atikel yang bagus dan berguna. Dia ini banyak buat research agaknya tiada kerja lain yang hendak dibuatnya. Walauapapun laman web ini terdapat banyak informasi-informasi yang berguna.
Rangkaikan ke laman web ini?  |  Hubungi Bart?
Hakcipta Terpelihara Bart 2003
1